Setiap orang pasti mempunyai kenangan manis dalam hidupnya. Begitulah juga saya. Semasa berumur 5 tahun, ibu telah membesarkan saya dan anak saudara saya iaitu anak kakak saya yang sulung. Dia ialah Sharmila Rahayu bt Rabain. Ketika itu dia berumur 4 tahun. Ibu menjaganya kerana ketika itu kakak sedang melahirkan anaknya yang ketiga. Saya sangat gembira ketika kerana saya pernah menyuarakan hasrat hati untuk mendapat adik. Jadi, ibu pun menjaga anak saudara supaya dapat mengubati kesunyian saya ketika itu.

Pada waktu itu, saya amat menyayangi Ayu. Saya telah menggapnya seperti adik sendiri. Malah mak juga begitu. Setiap apa yang mak belikan untuk saya, mak juga akan membelikan untuk Ayu. Kadang-kadang orang lain sampai mengaggap kami seperti kembar. Yela, kadang-kadang pakai baju warna sama. Dipendekkan cerita semua benda kami sama la. Tapi yang pasti, Ayu lebih cantik daripada saya.

Nak dijadikan cerita, Ayu ni garang sikit daripada saya. Dia selalu memarahi saya walaupun saya ni mak sedara dia. Jadi, apabila tidur malam, saya mengambil peluang mencubitnya. Jika saya mencubitnya pada waktu lain, sudah tentu dia akan membalas perbuatan yang lebih teruk terhadap saya.

Semakin hari kami semakin dewasa. Setelah masuk ke sekolah menengah, saya terpaksa berpisah dengan Ayu. Pada waktu itu, saya terlalu sedih. Yela, selama ni kami berkongsi cerita, rahsia dan macam-macam. Setiap kali sebelum tido, kami akan bertukar-tukar cerita. Kadang-kadang saya sampai tersengguk-sengguk untuk mendengar cerita Ayu.

Walaupun kami hanya berpeluang untuk berjumpa sebulan sekali ketika saya balik kampong tetapi itu tidak bermakna hubungan kami menjadi renggang. Malah, setiap kali berjumpa kami akan berkongsi macam-macam cerita. Disebabkan kami masing-masing belajar bahasa arab, jadi kami akan mengaplikasikan pelajaran bahasa arab dalam perbualan. Yang lawaknya, kami akan bercakap arab untuk menceritakan sesuatu rahsia jika di hadapan mak, abah atau adik-beradik lain untuk mengelakkan mereka faham…he3.

Ketika Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, ayah Ayu telah jatuh sakit. Jadi, ia telah menganggu konsentrasi Ayu untuk belajar. Kesian Ayu. Ayu tidak bernasib baik untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi Ayu terpaksa bekerja.

Tiga tahun bekerja, Ayu telah dilamar oleh sepupunya sendiri. Sayalah antara orang yang paling gembira ketika itu. Saya tidak sangka yang anak sedara saya akan berkahwin dahulu sebelum saya. Selepas berkahwin, hubungan saya dan Ayu dah renggang. Ayu lebih cenderung untuk berkongsi cerita, masalah dengan suaminya. Apa-apa pun, saya gembira kerana dapat berkongsi suka dan duka bersama Ayu.

2 comments:

Nan said...

Bagi sayalah, setiap orang de pengalaman masing2...Jika kita rasa kita teruk, de lg insan yg lg teruk, jika kita rasa kita hebat, de lg insan yg lg hebat...Cermin2kanlah diri kita sendiri...Sesungguhnya ALLAH S.W.T yang paling berkuasa dalam semua hal&keadaan

imtiyaz said...

Btul tu... Tq 4 ur advce...

There was an error in this gadget

Saturday, March 20, 2010

PAHIT MANIS SUKA DUKA

Loading...