Renungkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kepada anaknya...
 
Saat kita dilahirkan,ibu menjaga kita dengan sebaiknya sehinggalah kita dewasa. Ibu juga sanggup berkorban apa saja untuk kita. Ibu tidak pernah merungut apatah lagi memarahi kita. Bagi ibu,dia tidak mahu seekor nyamuk pun menggigit kita. Tapi apabila telah dewasa kita sering m'lawan cakap ibu,tidak mendengar nasihatnya,jarang menghubunginya apabila kita sibuk. Malah kita sanggup memarahi ibu, mak ni orang sibuk la. Mari sama-sama kita renungkan, apakah perasaan ibu ketika itu?

 Tentu ibu sedih tapi ibu tidak pernah kecik hati akan semua itu. Dia tetap akan mendoakan yang terbaik buat anaknya.......

Saya ada seorang mak dan seorang abah. Abah saya seorang pesawah manakala mak bekerja di kantin sekolah. Apa yang ingin saya kongsikan di sini tentang mak saya. Saya merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik. Dari kecil, saya ditatang bagai minyak yang penuh orang kedua ibu bapa saya. Apa saja kemahuan saya,mesti diturutkan. Saya masih ingat lagi ketika masih kecil,saya diserang asma. Mak lah yang membawa dan menjaga saya di hospital. Mak sanggup bercuti untuk menjaga saya sehinggalah saya sembuh.

Mak pernah memberitahu saya ketika saya sudah dewasa. Ketika itu mak menghantar saya ke sekolah. Dalam perjalan,saya berkata, "mak,nanti bila adik dah pandai, adik akan ajar mak pulak". Ketika mak menceritakannya,saya telah mengalirkan air mata. Rupanya mak masih ingat akan kata-kata saya. Mak juga selalu menceritakan kenangan bersama saya tetapi saya tidak pernah mengingatinya. Mak, anakmu terlalu mengagumimu.

Pengalaman yang masih saya ingat sehingga sekarang ialah ketika saya mengikut mak ke pekan Parit Buntar. Ketika tiba di satu kedai, saya telah terpikat dengan sehelai baju. Mak tidak mahu membelinya. Lantas saya mendiamkan diri dan merajuk. Apabila mak sedar akan perangai dan riak muka saya yang berubah, mak terus mengajak ke kedai itu semula. Apabila mendapat baju itu,saya terus tersenyum. Mak,terima kasih kerana memahami anakmu.

Apabila masuk ke universiti, saya memberitahu untuk membeli laptop kepada mak sedangkan saya telah mempunyai komputer. Walaupun begitu, mak tetap membelikannya untuk saya dengan alasan supaya saya mudah untuk belajar. Mak tidak pernah berkira dari segi wang ringgit dengan saya. Jadi, saya berjanji apabila telah bekerja nanti saya akan balas semua jasa mak. abah dan mak saya. Saya selalu berdoa moga Allah panjangkan umur mak saya.

Mak,terlalu banyak jasamu. Ketika ingin pulang ke universiti, mak juga yang menyiapkan makanan untuk saya. Mak sanggup bangun awal untuk memasak beraneka juadah sedangkan semua tu boleh dibeli di kedai. Mak mahu makanan yang terbaik untuk anaknya. Saya tahu kerana air tangan masakan mak itulah yang membuatkan saya tearamat sayangkan mak. Mak juga tidak mendengar apa saya keinginan saya. Contohnya saya nak makan sotong. Lantas, mak menyuruh abah membelikannya dan memasaknya untuk saya. Ya Allah, betapa bertuahnya saya dikurniakan mak dan ayah yang baik. Walaupun keluarga kami sederhana tetapi saya amat bahagia. Jadi, kepada kawan-kawan, hargailah mak dan ayah kita selagi kita masih mempunyai mereka. Walau bagaimana teruk pun mereka, kita tidak boleh menghantar mereka ke rumah orang tua, tidak mengakui mereka ayah dan mak kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Sehubungan dengai itu,ingatlah " Syurga itu di bawah tapak kaki ibu".

1 comments:

imtiyaz said...

hebat kan ibu kita...sanggup berkorban segala-galanya untuk anak dia...

There was an error in this gadget

Wednesday, February 17, 2010

KASIH SAYANG SEORANG IBU

1 comment:

Loading...